Monday, October 6, 2008

Terima Kasih Di Atas Usaha Anda Semua

Bersama - sama ini, saya ingin menyatakan perasaan yang amat terharu dengan perjumpaan yang telah diadakan pada raya ke 3 lalu di rumah Hj. Hassan Shukri. Ketahuilah, menghulur tangan untuk bersalam dengan sebahagian saudara - saudara, kawan - kawan yang bersama - sama ketika susah dan senang lebih kurang 20 tahun dahulu amatlah mengujakan.

Memang, tidak semua kita boleh recal balik apa yang ada dalam memory kita, tetapi dapat bercerita sedikit sebanyak tentang masa lampau kita sudah cukup baik.

Dikesempatan ini, saya ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua yang berusaha untuk menjayakan laman blog ini.

Disini, saya ingin mencadangkan, untuk menjadikan blog ini lebih "mesra pengguna", hindarkan dari memasukkan artikel yang tidak berkaitan langsung dengan tajuk "kalantanbesut.puoalumni". Memasukkan gambar atau artikel yang memuji pemimpin tertentu, bagi saya amat tidak sesuai kerana, ini melibatkan sensitiviti orang lain. Kita masing - masing ada pegangan dan prinsip hidup samada dari segi politik, kepercayaan dan sebagainya.

Sekian, wasalam dan maaf kalau tulisan ini melukakan perasaan seseorang.

1 comment:

Kelantan - Besut Ungku Omar Polytechnic Alumni said...

Assalamualaikum;
Saya tahu maksud tulisan saudara adalah atas kapasiti peribadi saudara yang melihat Blog Link yang saya letakkan dalam PUO Alumni Blog ini.

www.perantaujeli.blogspot.com adalah blog saya dalam perjuangan saya dalam UMNO Jeli.

www.pemudabijan.blogspot.com adalah blog saya dalam Badan Khidmat Masyarakat yang diasaskan oleh TPM.

Jangan sesekali mengaggap ianya mahu meng'UMNO JELI" kan PUO Alumni kita.

Malah bukanlah hasrat saya untuk mem'BIJAN"kan PUO Alumni kita.

Links itu saya keluarkan hari ini demi mempertahankan sebuah rasa hormat saya kepada rakan dan sahabat.

PERCAYALAH..KELANTANBESUT PUO ALUMNI tidak akan memberi saya Political Milleague atau membawa saya ke persada kuasa.

Jika saya mahu menjadi orang politik; sudah lama saya jadi KETUA PEMUDA UMNO Bahagian JELI.

Jika saya mahu jadi UMNO Sepenuh masa, sudah lama saya ambil Jawatan Pegawai Khas kepada YB Dato' Mustapa Mohamed. Namun Jawatan yang ditugaskan kepada saya oleh Dato' Pa sebagai Pegawai Khasnya, saya serahkan kepada adik saya, Ahmad Nazree Ramli.

Namun saya lebih berminat untuk berada di belakang tabir. Menjadi Kumpulan Pemikir serta membantu masyarakat secara Low Profile.

Sebab itu saya masih lagi Makan gaji sepenuh masa dengan Sebuah Syarikat Kejuruteraan Antarabangsa Sebagai ASSISTANT GENERAL MANAGER Administration Division.

Malah, hubungan baik saya dengan para pemimpin Negara, tidak pernah saya gunakan untuk Meng'ISA'kan pemimpin PAS JELI..hehehehehe...walau pun mereka dok maki hamun Dato' Pa siang malam! Pada hakikatnya kami dalam PAJAR selalu gariskan bantuan dari Dato' Pa adalah untuk semua, tanpa kira parti dsb.

PERCAYALAH WAHAI SAHABAT; WALAUPUN SAYA RAPAT DENGAN PEMIMPIN KANAN YAB DATO' SERI NAJIB TUN RAZAK, JUGA YB DATO' MUSTAPA MOHAMED, TIDAK SEMUA YANG TERSIRAT BUISA KITA SURATKAN.

SALAM PERPADUAN. UNTUK PENGTAHUAN SAUDARA, SAYALAH ORANG YANG BERTANGGUNGJAWAB, MENDAFTAR DAN MEWUJUDKAN BLOG KELABNTAN BESUT PUO ALUMNI CLASS OF 1985 INI, ATAS DASAR IKHLAS PERSAHABATAN SAYA SELEPAS PERBINCANGAN DENGAN MAT TOK AYAH, MAN GARPU, MAT YEE HIJAU, NAZEMI BESUT.

MASIH RAMAI LAGI RAKAN KITA DI LUAR SANA YANG BELUM KITA 'JEJAK KASIH'KAN MEREKA..SEPERTI JEMI KLANG, PAK YA LEGEH, WAN HASPAH, RAJA ROSNANI, MAN KLOROX, DSB.

IKHLAS:
MUHAMMAD KHALIDI BIN RAMLI