Monday, October 6, 2008

Pertemuan Kelab Alumni Kelantan Besut Puo kali pertama



Pada tanggal 3 Okt 2008 bersamaan 3 Syawal 1529H bertempat di rumah Sdra Hasan Shukri jalan Bayam, Kota Bharu, Kelantan telah tercatat satu sejarah bagi kami. Dengan kehadiran lebih kurang 14 orang maka tercatatlah sebuah pertemuan setelah masing-masing terpisah oleh kerana mencari rezeki sendiri.
Bersama dengan tuan rumah disini dicatat kehadirannya ( kalau tertinggal harap maaf kerana tiada pencatat yang ditugaskan )
1. Sdra Hasan Shukri
2. Amri (JAS Perak )
3. Wan Jusoh ( TNB Gua Musang )
4. Stopa Leper ( SM. Teknik Tanah Merah )
5. Zuki ( SMK Kat kuala Krai )
6. Hasbie ( DENSO Glenmerie S. Alam )
7. Mat Said ( EJIMitsu S.Alam )
8. Zamani (TNB KL)
9. Zul Tok Wakil ( TNB Bangi )
10. Mat Zaid ( TNB Bangsar )
11. Zamri Perdagangan
12. Adnan Chong ( Kontraktor di Besut )
13. Nazmi ( Toke Cafe kat K.terengganu )
14. Talib Kg Laut ( Petronas Gas Paka )
15. Mat Tok Ayah ( SBP Integrasi Sabak Bernam )
16. Jeman Garpu ( TM KL )

Pertemuan berjalan dalam keadaan yang penuh harmoni dan amat meriah dengan masing-masing bercerita tentang kenangan terindah semasa belajar di PUO.
Paling terharu saya amat menghargai usaha sahabatku Talib yang sanggup datang dari Paka, Terengganu semata-mata untuk bertemu dengan sahabatnya. Walaupun ketibaannya agak lewat tapi amat bermakna.
Ketetapan yang telah dibuat ialah :
1. Pertemuan Aidil Fitri akan dibuat setiap tahun pada hari raya ke 3
2. Tahun depan mohon kepada Amin kapal untuk jadi tuan rumah.

akhir kata saya mat tok ayah mohon maaf zahir dan batin dan selamat hari raya aidil fitri. Moga pertemuan seumpama ini akan berlaku lagi dalam jangka masa yang lain.

4 comments:

mat tok ayah said...

Kalu ada maklumat tak lengkap tolong bagi tau

Kelantan - Besut Ungku Omar Polytechnic Alumni said...

saya masukkan gambar

zamani tnb

Kelantan - Besut Ungku Omar Polytechnic Alumni said...

Saya ucapkan setinggi-tinggi penghargaan diatas sifat hati mulia kawan-kawan dalam Alumni yang berusaha gigih untuk merealisasikan pertautan kembali ini. Demi Allah SWT, menitis airmata saya melihat foto yang diupdatekan oleh Tuan Zamani kita hari ini.

Saya terpaksa bergegas ke KL pada pagi hari Raya Ke2 kerana Mesyuarat tergempar yang dipengerusikan oleh Prseiden BIJAN (Badan Inisiatif Jalinan Nasional); Tuan Haji Darmawi Bin Haji Hamdani. Kini beliau merupakan Setiausaha Peribadi Dato' Seri Najib Tun Razak.

Sayugia diingatkan, BIJAN bukanlah badan politik atau badan gerak gempur perpaduan dalam UMNO. Ianya adalah sebuah pertubuhan yang mirip kepada Yayasan Syed Mokhtar Bukhari. Lebih menumpukan kepada Khidmat Masyarakat.

Ianya dicetuskan oleh Dato' Seri Najib Tun Razak sendiri, dan nama BIJAN itu jika dieja terbalik akan menjadi nama pengasasnya.

Saya secara kebetulan telah dilantik sebagai PROGRAM COORDINATOR dalam BIJAN.

Antara 3 program yang perlu diselesaikan pada Hari Raya ke 3, Jumaat lalu ialah,

1) Meluluskan bantuan kepada sekumpulan Pelajar UiTM untuk membuat Tesis di Korea Selatan.Ia dimaklumkan kepada saya oelh rakan saya sewaktu saya bertugas di Ranhill dulu, di mana anak saudaranya salah seorang peserta.

2) Bantuan kepada Ibu Tunggal & Anak Yatim ki Sekitar Selangor.

3) KL juga bantuan Kepada mangsa banjir Aidil Fitri di Kedah.

Semua aktiviti-aktiviti ini, tidak dimuatkan dalam Media Perdana, kerana Big Boss mahu BIJAN bergerak secara Low Profile.

BIJAN tiada kaitan dengan UMNO. Derma dikumpulkan dari dana sukarelawan termasuk dari TPM sendiri.

Syukran Ya Syeikh.

mat tok ayah said...

Minta maaf banyak-banyak pada tuan azman garpu kerana namanya tak ada dalam senarai yang hadir. Masa menulis saya kira macam dah cukup. Tak sepatutnya saya lupa nama JEMAN GERPU kerana pada hari itu beliau merupakan orang yang paling riuh dan datang sedondong warna merah dengan isteri tersayang. Buat JEMAN GERPU hamba mohon ampun dan maaf.