Wednesday, October 8, 2008

Sahabat

Sahabat ?

Aku masih ingat lagi pertanyaan aku pada Hasbie sewaktu kami tinggal di Sari 30 TC. " Demo nak sain nga kawe setakat mano ? ". Dan soalan yang sama pernah juga aku tanya pada Dee Tok Nghulu. Jawapannya " Kawe nak sain nga demo dunia dan akhirat".

Atas nilai persahabatan itulah yang menyebabkan aku berusaha untuk mengumpul kembali kawan2 semasa belajar di PUO. Sama seperti Mat Din, aku bersama-sama kalian tak lama tapi kenangannya cukup indah dan sukar untuk dilupakan.

Aku bersama Mat Din pernah berjumpa dan berpisah. Kami sama2 mencari rezeki di Taiping. Dalam masa yan g sama kami pernah dikunjungi oleh Najmi tapi "on off " dalam masa adalah perkara biasa. Mungkin belum matang lagi...

Selepas dipertemukan buat seketika aku hilang lagi sahabat2 aku.....
Sahabat2 yang sentiasa susah dan senang bersama-sama.

Buat masa sekarang ini, aku amat teringin untuk berjumpa ngan Pok Ya Legeh dan Nuar Bunut Payung. Kami bertiga pernah mengalami saat-saat yang kritikal sewaktu berada di Sari 30, TC.
Pengalaman ini cukup menyiksakan kami. Mungkin para sahabat dah tahu @ tidak. Kami pernah share duit untuk makan selama 3 hari dengan berbekalkan duit sebanyak RM3.00. Nasib baik Pok Ya ada pakej muka yang handsome menyelamatkan kami dari kebuluran. Lucu dan amat sadis

Dalam senyum ada tangis, dalam duka ada tawa. Pelbagai pengalaman pahit dan manis mematangkan aku untuk menempuh kehidupan yang amat mencabar.

Alhamdulillah syukur, sekarang ini aku lihat hampir semua dikalangan telah berjaya dalam kehidupan masing-masing. Namun begitu, kita jangan lupa kepada sahabat kita yang sedang menghadapi kesusahan.

Kembalilah kita bersatu untuk membantu sahabat dunia dan akhirat kita sdra HASRAT HAMDA dan PIAN PASIR TUMBUH. Mereka seperti kita juga. Dulu mereka mewarnai kehidupan kita. Dimanakah mereka ? Bagaimanakah kehidupan mereka ? Atas nama persahabatan saya mohon kepada kawan2, sama-sama lah kita berusaha kearah ini.

Pada aku, walau sehebat mana kita tapi jika kita tidak membantu sahabat yang pernah bersama dalam suka, duka, tawa dan tangis kita, sebenarnya kita masih belum berjaya lagi dalam kehidupan ini.

akhir kalam mohon maaf buat semua terutamanya buat Jeman Garpu kerana tertinggal nama dalam senarai kehadiran perjumpaan raya. itu kelemahan aku.

Mat tok ayah .....

No comments: