Wednesday, October 8, 2008

SAAT ITU...AIRMATAKU JATUH BERDERAI

Mengenal yang terbaik dalam yang baik. Adalah sesuatu yang amat payah dalam kehidupan. Memiliki sifat hati bersih mulia, jauh membuang hasad dan dengki merupakan jalinan yang ampuh tersendiri menyusun tali persahabatan yang benar-benar utuh.

Para Sahabat Yang Budiman,
Insan yang terlalu berharga bagi saya, insan yang sentiasa menyembunyikan namanya ketika kejayaan dan kegemilangan kita, insan yang banyak berkorban untuk kita semua, semasa kita di PUO, insan yang sanggup membelasah siapa sahaja... baik secara fizikal atau secara senyap, jika dia tahu kita diinaya atau dicabar. Insan yang saya maksudkan itu ialah Mat Tok Ayah (MTA).

Sehingga hari ini, tatkala saya berjuang dan terlibat dalam sebarang organisasi, saya terlalu amat jarang meletakkan nama saya dalam senarai saf kepimpinan utama. Cukup puas menjadi insan belakang tabir. Memang benar-benar puas bila dapat menjayakan program atau sesuatu usaha, dengan kita membantu secara low profile.

Untuk pengtahuan para sahabat, saya telah jadikan MTA sebagai IKON, saya telah ambil sifat-sifat mulia hati & rendah diri MTA, sepanjang penglibatan saya dalam banyak organisasi dan pertubuhan serta siasah. MTA satu dalam Sejuta. MTA adalah yang terbaik di kalangan yang baik. MTA adalah IDOLA saya sejak dulu tanpa para sahabat sedari.

MTA ini adalah insan yang terhebat dari yang hebat, jika kita tahu dan kenal Siapa dia sebenarnya.; Juruiring DYMM Permaisuri Agung sekarang adalah Pakcik MTA. Hubungan Kekeluargaan mereka dekat sgt2. Adat kata; MTA boleh masuk Istana Negara tanpa perlu surat rasmi! Adat berkampung, MTA boleh singgah di Istana Maziah Kuala Terengganu bila-bila masa jika dia mahu. Adat kata, MTA memiliki LINKS yang KUAT dengan Sultan MIZAN..DYMM SPB YDP Agung sekarang. Adakah para sahabat sedar kehebatan insan yang bernama MTA ini?

Namun, MTA tetap MTA. Sepanjang 23 tahun mengenal MTA, saban tahun, malah saya hampir lupa entah berapa puluh kali airmata saya berderai, bila terkenang jasa dan budi baik MTA terhadap saya. Ikhlas saya katakan, dia sebagai abang, dialah juga sebagai mentor, dia juga kounselor, dia sebagai kawan, dia sebagai sahabat.....

Kenangan 1:
Senja itu, selepas saya berlatih Bolatampar di Bandar Baru Bukit Bunga, persiapan untuk menentang MCA Tanah Merah, saya terkejut kerana MTA & Isterinya sudah ada kat rumah keluarga saya. Masa tu MTA mengajar di Perak. MTA & Isteri makan malam di rumah saya. Masa ni saya dalam proses nak sambung pengajian. Mungkin para sahabat tak tahu, MTA adalah mentor saya dalam sukan Bola Tampar. Dari set piece, spike, dsb. Saya terlalu banyak melihat dan memahami MTA. MTA adalah SIFU saya dalam Volleyball! Airmata saya gugur tatkala menghantar MTA ke keretanya malam itu. Dia adalah SAHABAT saya dunia & akhirat.

Kenangan 2:
Semasa saya pulang dari JEPUN, setelah menjalani praktikal di Canon Japan Inc. balik Malaysia aya bekerja di Canon Shah Alam. MTA telah menghubungi saya. Dia memang pakar dalam soal pencarian sahabat. Dia bertandang ke rumah Man Garpu di Seri Muda Shah Alam. Kami bertemu di sana. MTA memang hebat dalam bersahabat!

Kenangan 3:
Semasa mendiami SARI 34 Bukit, Taman Cempaka, Ipoh. Saya serumah dengan Nazmi Besut, MUSA PDRM, Mat Said & AMRI JAS. Pernah saya tidak memiliki wang saku untuk belanja, waktu ini JPA scholarship tak kuar lagi, kerenah birokrasi kot kat HEP. Nak attend kelas dengan perut kosong. Saya teguk air paip kat Sinki di dapur rumah sewaan kami. Semua kawan2 serumah dah pergi kelas. Mama saya tersalah alamat kirim Duit Telegram order. Bertolak longlai ke PUO. merentas Lengkok sari dengan Motosikal HONDA CUP 70 plet Nombor DN 9550. Motosikal ini Mama saya beli secara tender dari Company Jepun yang buat Lebuhraya Tanah Merah - Jeli. RM700.00. Saya tak pakai motosikal besar seperti RXZ, RXS dsb kerana hampir 70% wang biasiswa saya beri kepada Mama saya untuk buat modal membuka perniagaan. Kini setelah kami adik beradik bekerja dan memiliki kerjaya, kami minta Mama berhenti berniaga. Cukuplah dia berkorban untuk kami. Kini biarlah dia menikmati pencen dari kami tiap-tiap bulan. Motosikal Kapcai DN 9550 itu kami sedekahkan free of charge kepada satu keluarga susah di Bukit Bunga. Bila jumpa dia naik motosikal tu, tengok plate DN 9550, saya tersenyum dan terharu, terus mengimbau kenangan kita di PUO!

Selepas tiba di Kantin PUO, secara kebetulan MTA ada di situ. MTA ajak saya bersarapan makan roti canai. Bayangkanlah pukul 10 pagi perut dah lapar. Bila MTA tahu saya tak punya wang dalam saku atas sebab-sebab di atas, dia tanpa banyak bicara, terus keluarkan dompet, hulur kat saya dua tiga keping wang kertas merah yang ada gambar agung! "Nah..ambik ni....tak payah bayar balik..."..kita ni adik beradik dunia akhirat! Mungkin MTA dah lupa peristiwa ni. Tapi bagi Dee Tok Ngulu (DTN), ianya kekal bagaikan Nombor Chasis Enjin Kheta dalam hati & Minda ini.!!!!! Saat itu..Airmataku Jatuh Berderai....Ia terukir dalam sanubari hinga akhir hayat! Saya terkesima. Terharu. Fenomena yang berhalusinasi pasti tanpa henti dalam diri. Tak mungkin hanyut pergi dalam elusan masa. MTA tetap bertakhta di hati sebagai sahabat, saudara dan teman.

Kenangan 4:
Buat para sahabat seperti Mat Din Spek (DE007), Presiden Perantau Darulnaim-Besut kita 1985/1986, tentu beliau masih ingat , MTA telah kumpulkan kami ke Stadium Merdeka untuk Ke SUKMA. Mat Din nak jumpa awek dia Atlit 100M Kelantan. Awek Mat Din tu la ni jadi bini Mat Din. MTA sanggup buat apa saja demi kebahagiaan para sahabat! MTA..kau terlalu hebat. Saban waktu MTA bagi kekuatan utk Mat Din.

Saya amat bersetuju, bila 'terms' yang MTA gunakan dalam memonya dalam Blog kita, apalah guna kejayaan, jika kita mengabaikan para sahabat!

Kuasa Allah SWT jua. Pagi tadi saya call Abang Saya yang bertugas Di KESEDAR AIR CHANAL, Jeli, Kelantan. Dia lalu ulang-alik tiap-tiap hari depan rumah Pak ya Legeh jika ke Air Lanas & Bukit Bunga. Abg saya kenal Pak Ya & Familinya. InsyaAllah. Saya minta dia dapatkan Nombor Telefon Pak Ya Legeh dari keluarganya.

Nuar Bunut Payong,
Dia telah berkahwin dengan orang Kota Jelutong. Bapa saudara Haji Hassan Shukri sebelah bapanya adalah orang Kota Jelutong. Rumahnya dekat dengan rumah Bapa saudara saya, arwah Imam Pak Mat Kota Jelutong. Mungkin Saudara Hassan boleh tanya kabar orang Kota Jelutong. Minta jumpa Azhari sepupu saya. Kita Cari.

Spiye Mat Jeng, dulu saya cuba jejak dia, last sekali dengar cerita dia ada kat Bukit Mewah, Kajang. Saya bagi nombor phone saya melalui member dia. Namun Piye gagal dihubungi.

Sebenarnya terlalu banyak kenangan yang mahu saya tulis. Namun, masa dan keadaan terlalu menghambat.

Antara semangat dan Jiwa MTA yang saya amalkan hingga hari ini:

1. Bersedekah.

2. Bersangka baik kepada setiap orang, walau pun musuh kita.

3. Buat amal kebajikan secara senyap dan low profile. Tanpa jawatan pun, kita yang gerakkan dan majukan. Bergantung kepada kita. Memang betul-betul puas jika kita menabur bakti. Allah SWT bagi kelapangan rezeki yang berganda jika kita membantu insan lain. Kita sedekah RM100. Allah SWT balas balik kat kita Cash & Delivery RM10 Ribu. Cuma masa & ketikanya kita tak tahu bila.

Sepanjang dua tahun berada di Middle East, Bekerja dan tinggal di sana, memang benar apa yang pernah MTA beritahu saya, sedekah kita, perbuatan baik kita hari ini, Allah SWT akan bagi ganjaran dan balasannya suatau hari nanti. Pada masa itu baru kita tahu betapa Allah SWT akan mengotakan janji-janji yang tersebut dalam Al-Quran! Berbuat baik sesama insan seperti sedekah dan membantu sahabat.

Saat ini....saya sudahi memo coretan saya..dengan linangan airmata terharu..kasih sahabat saudara kita yang berpanjangan MTA!

Dalam tempoh kita berada di PUO, saya banyak kali pergi ke rumah para sahabat, untuk tinggal bersama mereka beberapa hari, atau bertandang. Contohnya rumah Mat Said di Tunjong, Rumah Hassan Shukri di Jalan Bayam, rumah Wan Jusoh di PCB, rumah Nuar di Bunut Payong, Rumah Sedi Gajah, Rumah Man Clorox, Rumah Man Garpu. Talib di Kg Laut, Mat Din, dll.

Kita ini sahabat! Hargailah Sahabat kita. Perghhh..saat saya begitu melankolik bila teringat Arwah Shukri Tumpat yang Meninggal Dunia Demam Panas selepas pulang dari Konvoi ke Rumah Pak Ya Legeh. Al-Fatihah.

Jika para sahabat membaca Memo Blog dari saya ini, sedekahkanlah Surah Al-Fatihah untuk Arwah.

Salam Ikhlas.

DTN.

No comments: