Thursday, September 11, 2008

SALAM PERKENALAN

Seketika nan lalu, kita bersama berpenat lelah mengharungi pahit getir belajar di Politeknik Ungku Omar, Ipoh, Perak.

Pada sessi pendaftaran kami 1985, rupanya telah 23 tahun kita meninggalkan alam PUO. Saya telah dihubungi oleh Mat Yee Hijau, Jemi Besut, Mat Tok Ayah, Tuan Musa PDRM, Zaid TNB, Mail TNB, Man Garpu, agar kita kembali bersatu seperti dahulu.

Walaupun kini kita semakin matang dan dewasa mengejar congak rentetan kehidupan, kemuncak dari segala cadangan, iltizam dari sejuta rahmat Malikulmanan, maka malam 14 Ogos 2008, bertempat di Al maju Restoran, Taman Kajang Prima, Tiga Sahabat yang memulakan dan mengaktifkan kesanimbungan Persatuan Anak kelantan & Besut PUO pada tahun 1985, selepas Kejadian Man Garpu di Boo oleh Mat Kedah ketika menghantar Payung Kepada Wan Haspah di Blok C.

Maka saya - Dee Tok Ngulu, bersama Mat Tok Ayah, Nazmi & Hasrat Hamda telah mengambil keputusan untuk bersua muka dengan Mat Kedah itu.Di bawah laman Blok H itu, kami telah membelasah Mat Kedah itu.

Kemuncak itu satu majlis perdamaian Blok H & Pelajar Kelantan Besut Sessi Pendaftaran 1985 telah bergabung dan menjadi kuat. makan bersama berkumpulan dsb.Maka nama-nama yang sempat saya sebutkan ialah Amin Kapal (Kini Jutawan Kapal), Stopa Leper, Man Clorox, Hasan DBKL, Hasan Kain, Jemi Klang, Zaid Kok Lanas, Amri Civil, Pok Ya Legeh (Zek), Man Senduk, Sebi Kuala Krai, Mat Ju Guchil, Mat Ju Samad, Spiye Mat Jeng, Nuar, Talib, Shukri Kg Laut (Arwah Meninggal selepas grade sejurus kembali dari konvoi ke rumah Pak Ya Legeh - Al fatihah), Wan Haspah kini bini bekas ADUN BN Wakaf Baru, juga senior kita di PUO, Sedi Ustaz.

Nama-nama lain seperti Raja, Wan Jusoh, Hanif, Hassan Sukri, dll dan mungkin ramai lagi yang tak sempat saya sebutkan di sini, marilah kita kembali berkumpul dalam satu wadah.Demi sesungguhnya, selepas menyambung pengajian saya, menjelajah seluruh dunia, Namun Kenangan persahabatan yang terhebat dalam hidup saya adalah semasa kita di PUO.Salam Pertautan Kembali.

DEE TOK NGULU, MAT TOK AYAH & MAN GARPUSEKETARIAT,ALUMNI KELANTAN - BESUTPOLITEKNIK UNGKU OMAR (SESSI 1985)

No comments: