Thursday, September 11, 2008

GRAPORD GRACHENGZ

The Grapord Grachengz adalah kumpulan muzik yang telah ditubuhkan oleh Mat Tok Ayah semasa kita di PUO. Mungkin ramai yang tak tahu Man Kidal dulu semasa live shownya di Kathy's Lounge Damansara...Semasa show break..Man Kidal datang dok atas peha mat Tok Ayah. Lantas selepas itu man Kidal bagi skill kat kami yang dok satu meja. Yang masih aku ingat ramai gak kami..adalah 2 buah teksi. Nazmi Besut tersenyum lebar macam kami semua dapat dok semeja dengan Lefthanded dan Guitarist Lagenda itu. Sebagai anak saudara kepada Guitarist Utama Sweet Charity, ternyata Man Kidal tidak menghampakan. Terutamanya sewaktu mempersembahkan Lead solonya "BLACK STAR" dari Yngwie Mulmsteen.The Grapord Grachengz berkonsepkan "Heavy Metal Rock" dan bertunjangkan "Metallica" concept. Man Grachengz, Freshi kami yang memang terror giller main gitar, telah mengajar kami semua tentang asas dan skill yang sepatutnya. Dari Chord Metal, Chord Terbalik, Cari Solo, Tune, Plarking, Etc. Tak leh panjang2..nanti kena register blog lain suku sakat pasal Gitar laks. huhuhuhu.....The Grapord Grachengz ialah nama sempena nama "Ghapok Ghacheng" bahasa dialek Kelantan juga bermaksud "Bising Bango" bahasa Terengganu. Memang bising giller..bila kami main gitar. Ada satu kes, Malam minggu bulan puasa. Satu team layan terup 400. Satu team layan gitar main kat beranda, dok atas motor yg parking depan umah. Siap polis ronda datang bagi nasihat secara berhemah. Dah pkl 4 pagi ni adik-adik....hehehehe...Sampai sudah Pak ya Legeh tahu main base dua tiga kerat. namun tiap kali Grapord Grachengz buat show atau Jamming dialah Technical Directornya....Sebi lak Jamming Session Chief. Sapa tak ikut jadual latihan, alamat kena pukul dengan stick drum.Salam Bernostalgia.....buat The Grapord Grachengz.....kawe nak buat Sticker, nak tampal nama Kumpulan Kugiran kita dulu kat Kheta kawe....apamacam? Ok Tak....Ni kena bersatu kembali. majlis raya nanti, pls bawa atau pinjam gitar kotak kat mana-mana, kita kasi unplugged.....Salam Ramadhan to all brothers. Hidup Kelantan-Besut PUO Alumni.....

No comments: