Monday, October 6, 2008

MAAF - SAYA TERSILAP COMMENT

Salam,

1. Demi Allah, komen saya sebelum ini bukan atas kapasiti peribadi semata-mata, tetapi rasa ketidakselesaan dari beberapa orang sahabat dan saya sendiri, diluahkan semasa perjumpaan dirumah Hj. Hassan Shukri tempoh hari.

2. Terima kasih kerana bertindak mengeluarkan link yang dimaksudkan.

3. InsyaAllah, saya akan ke Putra Jaya, Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani dan jumpa Ahmad Nazree Ramli jika saya memerlukan bantuan.

4. Alhamdulillah, syukur dengan kejayaan anda. Jika di compare dengan diri ni, terasa sangat kerdilnya.

Anda:-
Pangkat - Assistant General Manager - Kalau di syarikat saya, pangkat cam ni monthly incomenya tak kurang RM15K, tak termasuk allawonce dan fringe benefit.
Hubungan dengan pemimpin - TPM Najib, Dato Pa', dll.
Khidmat masyarakat - dapat balik membalas budi kerajaan.
Merantau ke oversea - hampir ke semua negara maju di dunia.

Saya:-
Pangkat - Assistant Manager yang tak confirm lagi di kilang Jepun.
Hubungan dengan pemimpin - Penghulu kampung pun tak pandang saya.
Khidmat masyarakat - diri sendiri pun tak leh manage. Banyak lagi kelemahan yang ada.
Merantau ke oversea - ada le 2 / 3 kali lepas Sungai Golok ke Thailand.

Saya sedar anda adalah salah sorang blog founder. Sorry, jika saya tersilap, comment pasal link yang berkaitan dengan politik sebelum ini. Jujur kata lah, saya dijemput untuk memeriahkan blog ini dengan memories kita di PUO, 1985 - 1987. Jadi, bila terdapat link yang memuji pemimpin UMNO dan mendownkan pemimpin pembangkang, saya rasa link tu tidak ada kena mengena dengan title "kelantanbesut.puoalumni".

Lastly, ingin tekankan lagi, comment saya sebelum ini adalah untuk kebaikan, bukan sebab saya dari parti pembangkang.

Wasalam
Mat Said Bin Ibrahim

1 comment:

Kelantan - Besut Ungku Omar Polytechnic Alumni said...

ok..PERKARA KECIL TU SAUDARA MAT SAID...MEMANG BENAR INCOME 5 FIGURE...KITA SEMUA MATI JADI TANAH..

LUPAKANLAH YANG KECIL-KECIL....SAYA FAHAM...

KITA BINA SESUATU YANG BARU. MUNGKIN FAKTOR PENDEDAHAN.

MENGHORMATI PEMIKIRAN KONTRA ADALAH SATU KEBIJAKSANAAN